SIRIM PASTIKAN KAWALAN KUALITI LEBIH KETAT PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN
SHAH ALAM: SIRIM Berhad menegaskan mengenai komitmennya terhadap keselamatan awam bagi memastikan kawalan kualiti yang ketat terhadap pelitup muka bukan perubatan.
SHAH ALAM: SIRIM Berhad menegaskan mengenai komitmennya terhadap keselamatan awam bagi memastikan kawalan kualiti yang ketat terhadap pelitup muka bukan perubatan.
Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International Nur Fadhilah Muhammad berkata melalui anak syarikatnya, SIRIM QAS International, pihaknya telah melakukan ujian ketat, pemeriksaan dan pensijilan terhadap pelitup muka bukan perubatan yang dijual di pasaran bagi memastikan kualiti dan keselamatan produk berkenaan.
“Kini, terdapat begitu banyak pelitup muka bukan perubatan di pasaran. Pengguna perlu tahu bahawa produk yang dibeli mereka adalah berkualiti, selamat dan berfungsi dengan baik. Ujian yang kami lakukan akan menentukan sama ada ia melindungi pengguna daripada agen berjangkit atau sama ada pengguna selesa menggunakannya selain dapat bernafas dengan baik.
“Di SIRIM QAS International, kami amat mengutamakan keselamatan pengguna. Ini sentiasa menjadi objektif bagi semua ujian dan pensijilan kami, terhadap mana-mana produk atau perkhidmatan.
“Kita juga memastikan penelitian dilakukan terhadap pelitup muka, kerana kita bukan sahaja berperanan melindungi rakyat daripada virus COVID-19, tetapi juga akan terus menjaga kesihatan dan kebersihan masyarakat umum,” kata Nur Fadhilah.
Prosedur itu dijalankan terhadap semua jenis pelitup muka bukan perubatan, yang diuji berdasarkan piawaian SIRIM 40, CWA 17553, AFNOR SPEC S76-001, MS 2323 atau BS EN 149.
Hanya selepas menjalani audit pensijilan dan lulus semua ujian, sesuatu produk itu akan diberi label MS SIRIM, yang diiktiraf oleh pengguna sebagai jaminan bahawa ia selari dengan tujuan produk dan selamat digunakan.
Nur Fadhilah berkata SIRIM QAS International juga bersedia membantu pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan mematuhi peraturan dan menunjukkan bahawa mereka mengutamakan kepentingan dan keselamatan pengguna.
“Saya menggesa semua pihak yang berkaitan untuk menghubungi SIRIM QAS International untuk sebarang penjelasan dan nasihat lanjut mengenai proses ujian dan pensijilan,” katanya.
Pada 7 April, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan berkuat kuasa 1 Jan 2023, pelitup muka bukan perubatan perlu mempunyai pensijilan dan pelabelan SIRIM sebelum ia dijual di Malaysia.
Syarikat yang gagal mematuhi peraturan boleh didenda sehingga RM200,000 bagi kesalahan pertama dan meningkat tidak melebihi RM500,000 untuk kesalahan berikutnya.
Bagi individu (pengilang/pengimport), pesalah kali pertama boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Pesalah berulang boleh didenda sehingga RM250,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.