Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SJR DIKAWAL KETAT BAGI ELAK RENTAS NEGERI SAMBUT RAMADAN, AIDILFITRI

DALAM NEGARA

SJR DIKAWAL KETAT BAGI ELAK RENTAS NEGERI SAMBUT RAMADAN, AIDILFITRI

SHAH ALAM: Sekatan Jalan Raya (SJR) akan dikawal ketat di beberapa lokasi dalam Selangor bagi mengelakkan kejadian rentas negeri tanpa kebenaran berlaku.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata langkah yang dilaksanakan selaras dengan arahan yang dikeluarkan sebelum yang mana penekanan diberikan di setiap SJR yang dijalankan.

“Menjelang Ramadan dan juga sambutan Hari Raya Aidilfitri sudah pastinya akan berlaku pergerakan, jadi kita akan beri penekanan supaya pergerakan rentas negeri ini tidak akan berlaku dengan sewenang-wenangnya.

“Masa sama kita akan memperketatkan kawalan di setiap SJR yang diadakan, memandangkan peraturan yang ditetapkan yang mana memang tidak boleh rentas negeri seperti mana yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.

Tambah Arjunaidi, pihaknya kini sedang mengkaji keperluan sama ada untuk menambah atau mengekalkan bilangan SJR di negeri ini ketika Ramadan dan menjelangnya Aidilfitri kelak.

“Perkara itu masih dalam kajian, dan kita akan lihat dari masa ke semasa sama ada untuk kekal atau tambah SJR yang sedia ada.

“Apa pun kita lakukan adalah kita memfokuskan untuk bendung rentas negeri tanpa kebenaran,” katanya.

Sementara itu, Polis Selangor akan mengenakan tindakan kepada mana-mana anggota jika terbabit dalam kes tandatangan surat kebenaran rentas negeri dari Balai Polis Seksyen 6, baru-baru ini.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading