Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ZULKIFLI TIBA DI KOTA SUCI MADINAH

DALAM NEGARA

ZULKIFLI TIBA DI KOTA SUCI MADINAH

MADINAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selamat tiba di Madinah pada Ahad kira-kira jam 10 malam waktu tempatan.

Ketibaan beliau dan delegasi dari Malaysia disambut wakil Perhubungan Antarabangsa Liga Dunia Islam, Mohammad Bin Said.

Zulkifli yang tiba dari Riyadh akan berada di Madinah sehingga Rabu, 14 April 2021 bagi meneruskan lawatan kerja di sini.

Beliau dijadual memulakan program rasmi pada pagi Isnin dengan bertemu Gabenor Madinah, Putera Faisal Bin Salman.

Dalam tempoh lawatan sehingga 18 April 2021, Zulkifli dijadual akan mengadakan perbincangan bersama Menteri Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, Sheikh Dr Abdullatif Abdulaziz Al-Sheikh, dan Menteri Haji dan Umrah Essam bin Saeed. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading