RIYADH: Rabitah Al-Alam Al-Islami atau Liga Dunia Islam (MWL), akan berkongsi kepakaran deradikalisasi dan anti pengganas dengan Malaysia.
Setiausaha Agung MWL, Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa berkata perkongsian maklumat itu antara usaha untuk kedua-dua pihak membantu memulihkan imej Islam yang tercalar akibat isu-isu terorisme yang banyak dikaitkan dengan agama suci itu.
“Kumpulan terorisme sering memburukkan imej agama Islam dan mengancam keselamatan Islam dan penganutnya.
“Jadi kami berbincang bagaimana kerjasama boleh dilakukan antara MWL dan Kementerian Hal Ehwal Agama Malaysia bagi membanteras pemikirian radikal dan terorisme.
“Menangani pemikirian ini dan membongkarkan asal usulnya penting kerana ia adalah penyebab kepada Islam dihina dan mencalarkan imej Islam bagi mereka yang tidak mengenali agama itu,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada AlHijrah Online dan Bernama dalam satu temu bual di Pejabat MWL di Riyadh, Arab Saudi selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Sabtu.
Dalam pertemuan hampir satu jam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan kerjasama berkaitan hal ehwal Islam dalam pelbagai aspek termasuk dakwah, penyaluran bantuan kepada golongan memerlukan serta saling bertukar pandangan dan pengalaman.
Al-Issa dalam pada itu berkata Malaysia dikagumi dan layak menjadi model negara yang mengamalkan wasaityyah, persefahaman antara agama dan meraikan kepelbagaian agama yang membentuk masyarakat majmuk Malaysia pada hari ini.
Sementara itu, Zulkifli berkata banyak input diperoleh dalam pertemuan dengan pihak MWL yang boleh dgunakan dalam usaha untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan selain menambah baik hal-hal berkaitan Islam di Malaysia.
“Hubungan Malaysia dan WML sudah begitu lama. Hampir setiap tahun kita hantar para mufti, pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan tokoh ulama untuk menyertai muktamar yang dianjurkan mereka.
“Apa yang saya lihat dalam pertemuan ini, satu bentuk kerjasama yang mungkin dapat kita lakukan dengan lebih tersusun terutama bantuan kepada mereka yang memerlukan, selain dakwah dan manhaj wasatiyah,” katanya.
MWL merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berpengkalan di Makkah dengan objektif penubuhan untuk memperkenalkan Islam dan nilai-nilainya seperti yang disebut dalam Al-Quran dan Sunnah.
Zulkifli kini berada di Arab Saudi untuk lawatan kerja selama 10 hari bermula Jumaat lalu untuk memperkukuhkan kerjasama dalam hal ehwal Islam sebagaimana yang dimeterai dalam perjanjian persefahaman (MoU) hasil kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Arab Saudi pada Mac lepas. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests