PENGUMUMAN KEBENARAN RENTAS NEGERI BAGI SAMBUTAN AIDILFITRI PERLU DIAWALKAN – ISMAIL SABRI

JOHOR BAHRU: Kementerian Kesihatan (KKM) diminta membuat pengumuman kebenaran rentas negeri lebih awal bagi menyambut sambutan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, orang ramai dapat melakukan persiapan bagi menyambut sambutan berkenaan serta memudahkan urusan pembelian tiket pengangkutan awam jika pengumuman dilakukan lebih awal.

“Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian risiko,” katanya selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram.

Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan ketetapan sama ada rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri pada musim perayaan Aidilfitri hanya akan ditentukan Mei ini.–AlHijrah Online

Leave a Reply