Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NGO, INDIVIDU DILARANG AGIH MAKANAN KEPADA GELANDANGAN SEPANJANG RAMADAN – DBKL

DALAM NEGARA

NGO, INDIVIDU DILARANG AGIH MAKANAN KEPADA GELANDANGAN SEPANJANG RAMADAN – DBKL

KUALA LUMPUR: Mana mana individu atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dibenarkan mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di kawasan pusat bandar raya sepanjang Ramadan.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, pihaknya memaklumkan kawal selia tersebut dilaksanakan bagi mengelak berlaku pembaziran serta kekotoran selain mengekang penularan wabak COVID-19.

Bagaimanapun, pengagihan makanan masih boleh diteruskan melalui dua pusat gelandangan iaitu di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku, selain satu pusat komuniti iaitu Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit.

“DBKL mendapati terdapat banyak pihak sama ada NGO, kumpulan atau individu yang mengagihkan makanan di lokasi-lokasi ‘hotspot’ gelandangan di pusat bandar antaranya sekitar Masjid Jamek, Pasar Seni dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Keadaan ini telah menimbulkan gangguan, ketidakselesaan kepada pemilik premis dan menunjukkan persepsi negatif masyarakat terhadap DBKL. Aktiviti pemberian makanan kelihatan tidak dapat dikawal terutama ketika bulan Ramadan,” menurut kenyataan itu.

DBKL memaklumkan orang ramai yang ingin menyumbang perlu menghubungi talian 03-2617 6321 terlebih dahulu bagi tujuan penjadualan agihan dan mereka yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading