Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WANITA BUANG SAMPAH DI LAMPU ISYARAT, SAH ALAMI GANGGUAN MENTAL

DALAM NEGARA

WANITA BUANG SAMPAH DI LAMPU ISYARAT, SAH ALAMI GANGGUAN MENTAL

KLUANG: Polis mengesahkan seorang wanita yang tular di media sosial berkenaan tindakannya membuang sampah di lampu isyarat Revertex, di sini, mengalami gangguan mental.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, wanita berusia 41 tahun tersebut tular di Facebook selepas perbuatannya disedari pihak polis.

“Kita menerima maklumat daripada orang awam yang dia menghalang lalu lintas di Kilometer 50, Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini dan perbuatannya membuang sampah dirakam pengguna jalan raya.

“Siasatan mendapati individu itu mengalami gangguan mental dan semakan juga dia mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Bagaimanapun, wanita berkenaan telah ditahan dan dirujuk ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading