SOLAT TANPA PENJARAKAN BERITA GEMBIRA MENJELANG RAMADAN
Keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti solat jemaah di masjid atau surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh umat Islam.
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk membenarkan aktiviti solat jemaah di masjid atau surau boleh dilaksanakan tanpa penjarakan sosial adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh umat Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata pengumuman itu adalah berita gembira buat umat Islam untuk menyambut bulan Ramadan nanti.
“Pengumuman ini dibuat berasaskan fakta dan data, juga setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pandangan yang dikemukakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
“Walaubagaimanapun, pelaksanaan perkara ini dan prosedur operasi standard (SOP) akhir untuk masjid atau surau tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Idris berharap institusi masjid dan surau terus dimakmurkan dengan aktiviti ibadah, majlis dan halaqah ilmu serta lain-lain program pembinaan modal insan dan kemasyarakatan kerana ia penting untuk memperkukuh jati diri serta penghayatan beragama.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru kepada umat Islam untuk terus berdoa serta bermunajat agar rakyat dan negara terus dipelihara daripada sebarang kemudaratan dan bencana,” katanya.
Beliau juga mencadangkan masjid dan surau untuk terus mengadakan Solat Hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan buat rakyat dan negara.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan solat berjemaah di masjid dan surau dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, bermula 1 April 2022.
Perubahan itu berikutan negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ bermula 1 April nanti. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests