Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT DALAM NAHAS TIGA KENDERAAN

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan berhampiran pusat membeli-belah Sogo di Jalan Kuching, di ibu negara pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan berhampiran pusat membeli-belah Sogo di Jalan Kuching, di sini pagi tadi.

Kejadian kira-kira 6.47 pagi tadi itu melibatkan kenderaan jenis Proton Waja, Perodua Bezza dan Toyota Alphard.

Dalam kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL), pihaknya mengerahkan pasukan operasi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki melayu berumur 37 tahun tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba.

“Bagaimanapun mangsa telah meninggal dunia setelah disahkan oleh paramedik Hospital Kuala Lumpur,” jelas kenyataan PGOKL hari ini.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading