DALAM NEGARA
SPR TENTUKAN TARIKH PRU15 20 OKT DEPAN
Mesyuarat khas tersebut juga akan membincangkan dan menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Mesyuarat khas tersebut juga akan membincangkan dan menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 20 Oktober ini.
Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata mesyuarat khas tersebut juga akan membincangkan dan menetapkan tarikh penting bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.
Mesyuarat khas itu akan diadakan pada Khamis, 20 Oktober ini pada jam 10 pagi di Menara SPR, Putrajaya.
“Mesyuarat khas itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, yang akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan.
“Satu sidang media akan diadakan sejurus selepas mesyuarat itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.–AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan menasihatkan umat Islam untuk tidak...
AGC berkata, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif...
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42...
Mohamad memberi jaminan bahawa stok beras negara ketika ini adalah mencukupi untuk tempoh enam bulan dan...
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju UMNO membayar denda RM50 juta bagi pihak Najib...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)