Yawaree Samoh (kanan) menunjukkan hambar anaknya Nur Imani dan gambar keluarga Nur Azwani Alias (kanan).
KOTA BHARU: Dua ibu yang kehilangan anak masing-masing dan dikaitkan dengan strok haba di Kelantan baru-baru ini meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi sehingga menyebabkan emosi mereka terganggu.
Yawaree Samoh, 25, berkata pemergian anak tunggalnya, Nur Imani Ahmad Faris Fazli, yang berusia setahun tujuh bulan pada Selasa lepas, memberi kesan kepada mereka sekeluarga.
“Saya tidak sangka dan rasa macam tidak percaya akan kehilangan Imani tetapi saya perlu reda dengan takdir Allah.
“Cuma saya minta supaya orang ramai hentikan sebarang spekulasi mengenai anak saya kerana ia memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Bernama.
Turut menerima nasib sama, Nur Azwani Alias, 32, ibu seorang lagi mangsa iaitu Muhamad Syamil Akil, 11, turut berharap orang ramai tidak menokok tambah cerita yang bukan-bukan dan memberi komen negatif di media sosial mengenai anaknya.
“Di saat kami sekeluarga masih meratapi pemergian anak, masih ada segelintir masyarakat yang memberi komen negatif seolah-olah kami tidak cakna mengenai kesihatan anak.
“Saya harap perbuatan ini tidak lagi berlaku kerana kami sebagai ibu bapa berasa sangat sedih tetapi kepada mereka yang mendoakan, saya ucap terima kasih atas ingatan yang diberikan,” katanya.
Nur Azwani, yang ditemui di Kampung Tengah Perupok, Bachok berharap ibu bapa sentiasa memantau gerak-geri anak mereka terutama ketika cuaca panas agar tidak melakukan sebarang aktiviti luar yang boleh menjejaskan kesihatan.
“Selain itu, saya minta supaya kanak-kanak khususnya selalu minum air masak supaya badan mereka sentiasa sihat sepanjang musim panas ini,” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial kisah kedua-dua mangsa meninggal dunia dipercayai akibat strok haba.
Nur Imani, dari Kampung Kota di sini, meninggal dunia selepas mengalami batuk selama seminggu dan muntah-muntah beberapa hari kemudian manakala Muhamad Syamil menghembuskan nafas terakhir ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Balai, Bachok. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.