Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI, ISTERI, BAYI DALAM KANDUNGAN MAUT MOTOSIKAL TERBABAS

DALAM NEGARA

SUAMI, ISTERI, BAYI DALAM KANDUNGAN MAUT MOTOSIKAL TERBABAS

Sepasang suami isteri termasuk bayi dalam kandungan maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 18.4J (arah Gelang Patah), pada awal pagi semalam.

ISKANDAR PUTERI: Sepasang suami isteri termasuk bayi dalam kandungan maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 18.4J (arah Gelang Patah), pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata, kemalangan dipercayai berlaku akibat motosikal terbabit hilang kawalan sebelum terbabas ke pembahagi jalan.

“Penunggang motosikal berkenaan berusia 36 tahun manakala isterinya 30 tahun dan bayi dalam kandungan berusia enam bulan setengah.

“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian muka, badan, tangan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Tiada kenderaan lain terlibat dalam kemalangan berkenaan.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HAS) bagi tujuan bedah siasat dan mengenal pasti punca sebenar kematian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading