Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUDAN: 500,000 MASIH PERLU BANTUAN KEMANUSIAAN

DUNIA

SUDAN: 500,000 MASIH PERLU BANTUAN KEMANUSIAAN

KHARTOUM: 500,00 warga Sudan masih memerlukan bantuan kemanusiaan selepas banjir besar melanda negara itu, demikian menurut pegawai tempatan pada Jumaat lalu.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, Timbalan Gabenor Wilayah Boma di Tenggara Sudan, John Abola memberitahu seramai 70 orang, kebanyakan daripada mereka adalah kanak-kanak dan warga tua meninggal dunia sejak Oktober lalu akibat banjir, dan hampir setengah juta rakyat negara itu masih memerlukan bantuan kemanusiaan.

Sudan merasai kesan banjir yang disebabkan oleh hujan lebat pada awal bulan Ogos.

Lebih daripada 70 mangsa terkorban dan berpuluh-puluh cedera dalam insiden banjir di seluruh negara.

Menurut laporan Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan (OCHA), seramai 245,700 menjadi mangsa banjir, 32,851 bangunan musnah dan 16,284 bangunan rosak. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading