Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Sudan – Dua terkorban dalam bantahan terbaharu

DUNIA

Sudan – Dua terkorban dalam bantahan terbaharu

Penunjuk perasaan mendesak presiden Sudan, Omar Al-Bashir meletak jawatan – Foto Sinar Online

SUDAN, 18 Januari – Sekurang-kurangnya dua penunjuk perasaan terbunuh dalam bantahan terbaharu di ibu negara Sudan, Khartoum, semalam.

Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan dalam satu kenyataan berkata, dua terbunuh termasuk kanak-kanak, Mohamed Obied dan Dr Babikir Abdul Hamid. Jurucakap polis bagaimanapun gagal dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut.

Sinar Online melaporkan kerajaan Sudan sebelum ini menyatakan 26 maut dalam bantahan yang sudah berlarutan selama sebulan itu.

Namun, menurut Amnesty International angka tersebut jauh lebih tinggi. Amnesty mendakwa 40 orang terbunuh setakat ini, manakala lebih 1,000 ditahan.

Sejak pertengahan Disember, pelbagai bantahan dianjurkan di beberapa bahagian Sudan.

Penunjuk perasaan membantah kerajaan yang didakwa gagal mengekang inflasi serta tidak mampu mengatasi masalah kekurangan komoditi.

Malah, penunjuk perasaan turut mendesak Presiden Omar Al-Bashir agar segera meletak jawatan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading