MALAYSIA GESA GENCATAN SENJATA SEGERA DI SUDAN – MOHAMAD HASAN
Malaysia menggesa pelaksanaan gencatan senjata serta-merta dan meminta Pasukan Sokongan Pantas (RSF) membuka laluan kemanusiaan bagi membolehkan bantuan serta bekalan disalurkan kepada penduduk di El Fasher dan semua kawasan terjejas di wilayah Darfur, Sudan.
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa pelaksanaan gencatan senjata serta-merta dan meminta Pasukan Sokongan Pantas (RSF) membuka laluan kemanusiaan bagi membolehkan bantuan serta bekalan disalurkan kepada penduduk di El Fasher dan semua kawasan terjejas di wilayah Darfur, Sudan.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia, bersama masyarakat dunia, menyaksikan dengan rasa ngeri tindakan RSF yang terus melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mencetuskan krisis perpindahan dan kebuluran terbesar di dunia, di Sudan.
“Skala kekejaman yang berlaku amat mengejutkan, dan seperti yang ditunjukkan oleh imej satelit yang memperlihatkan darah menutupi bandar El Fasher, ia benar-benar menjadi noda terhadap seluruh kemanusiaan. Tindakan keganasan melampau yang tidak berperikemanusiaan ini mesti dihentikan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Mohamad menegaskan dunia tidak boleh membiarkan berulangnya tragedi genosid Darfur, sambil mengingatkan bahawa babak paling gelap dalam sejarah tidak harus diulang.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia telah menggesa penamatan segera keganasan serta perlindungan terhadap orang awam dipatuhi sepenuhnya selaras dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
“Kami berdiri teguh bersama rakyat Sudan dan menggesa masyarakat antarabangsa bertindak tegas untuk mencegah penderitaan selanjutnya, memulihkan akses kemanusiaan serta menyokong proses ke arah keamanan dan kebertanggungjawaban,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Sejak RSF melancarkan serangan besar ke atas bandar El Fasher pada 23 Okt, Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata pihaknya menerima laporan ngeri mengenai hukuman mati tanpa perbicaraan, pembunuhan beramai-ramai, rogol, serangan terhadap petugas kemanusiaan, rompakan, penculikan dan pemindahan paksa.
Sudan kini dilanda perang saudara antara Angkatan Tentera Sudan dan RSF sejak April 2023, yang mengorbankan ribuan nyawa serta memaksa jutaan penduduk meninggalkan kediaman mereka.
Menurut PBB, Sudan kini menjadi lokasi krisis kemanusiaan dan perpindahan penduduk terbesar di dunia, dengan kira-kira 14 juta orang kehilangan tempat tinggal daripada jumlah penduduk seramai 51 juta.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests