SUMBANG MAHRAM DENGAN ANAK TIRI – PENIAGA WARUNG DIPENJARA 15 TAHUN, 19 SEBATAN
Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu dirogol sebanyak enam kali oleh bapa tirinya sepanjang tempoh berkenaan dengan kali terakhir pada 10 Dis lepas.
SEREMBAN: Seorang peniaga warung dihukum penjara 15 tahun dan 19 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas enam pertuduhan melakukan sumbang mahram dan satu pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap anak tirinya sejak dua tahun lepas.
Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dan memerintahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 29 Dis lalu.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dengan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan sumbang mahram dan penjara lima tahun serta satu sebatan bagi kesalahan seks luar tabii dan memerintahkan semua hukuman berjalan serentak.
Mengikut tiga pertuduhan sumbang mahram, lelaki itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah rumah di Jempol, kira-kira jam 8 malam dan 2 pagi, antara 1 Jan hingga 31 Nov 2021.
Bagi tiga lagi pertuduhan, dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah warung di Jempol, pada jam 8 malam, antara 11 April 2021 hingga 10 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan.
Tertuduh didakwa melakukan seks luar tabii di warung sama pada 8 malam pada 11 April 2021 mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mengikut fakta kes, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu dirogol sebanyak enam kali oleh bapa tirinya sepanjang tempoh berkenaan dengan kali terakhir pada 10 Dis lepas.
Mangsa merupakan anak hasil perkahwinan pertama ibunya yang berusia 48 tahun sebelum berkahwin dengan tertuduh pada 2014.
Mangsa hanya memaklumkan kejadian berkenaan kepada kakaknya pada 25 Dis lepas kerana takut kepada tertuduh sebelum dibawa membuat laporan polis empat hari kemudian. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.