Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SURAT PELETAKAN JAWATAN MENTERI KEWANGAN PALSU

DALAM NEGARA

SURAT PELETAKAN JAWATAN MENTERI KEWANGAN PALSU

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menafikan surat yang tular berkenan peletakan jawatan menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam surat palsu yang tular itu memaklumkan Tengku Zafrul meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan berkuatkuasa pada 17 Mac 2022.

Menerusi ciapan di Twitter, Kementerian Kewangan memaklumkan fokus Tengku Zafrul kekal untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia sentiasa terbela dalam pemulihan ekonomi negara dari belenggu COVID-19.

Semalam Tengku Zafrul turut menafikan khabar angin mengenai peletakan jawatannya sebagaimana dilaporkan sebuah media tempatan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading