Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SYABU RM1.2 JUTA DIRAMPAS JKDM SABAH

DALAM NEGARA

SYABU RM1.2 JUTA DIRAMPAS JKDM SABAH

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas kira-kira 30 kilogram dadah disyaki syabu yang nilai anggarannya berjumlah RM1.2 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaapar berkata beberapa bungkusan berisi dadah telah disita oleh pasukan operasi JKDM Sabah pada 10 November lalu selepas gagal dituntut oleh pemiliknya.

“Pemeriksaan lanjut terhadap bungkusan berkenaan menemukan hablur jernih dipercayai syabu seberat 30 kilogram dan bungkusan tersebut dihantar dari Semenanjung.

“Setakat ini  tiada tangkapan dibuat berkaitan kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Abdullah berkata bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, JKDM Sabah merampas dadah jenis syabu yang bernilai RM5.56 juta.—Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading