Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TABIKA KEMAS PERKASA BAHASA INGGERIS

DALAM NEGARA

TABIKA KEMAS PERKASA BAHASA INGGERIS

Datuk Amiruddin Ariffin melawat Tabika Kemas Jalan U-thant

KUALA LUMPUR – Taman Bimbingan Kanak-Kanak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Tabika Kemas) akan memberikan perhatian terhadap pemerkasaan penggunaan bahasa Inggeris dalam sesi pembelajarannya di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin, berkata, Program English Is Fun merupakan salah satu inisiatif yang bakal dilaksanakan serentak di 11,082 Tabika Kemas sedia ada bermula tahun ini.

Menurutnya, berkonsepkan English Day, ia disifatkan mampu membudayakan penggunaan bahasa Inggeris dan memberikan persekitaran positif sekaligus mengukuhkan Bahasa Inggeris di Tabika Kemas.

“Aktiviti pembelajaran interaktif akan disediakan sebagai bahan bantu mengajar seperti dalam bentuk animasi dan motion graphic. Dalam masa sama kursus akan diberikan kepada guru-guru untuk menerapkan penggunaan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran. Ia akan mengikut standard pelajaran dimana sebanyak 50 peratus penggunaan Bahasa Inggeris diterapkan setiap hari di Tabika Kemas.”

Dalam pada itu, Amiruddin berkata, Pendidikan Science, Technology, Religion, Engineering, Arts & Mathematic ( STREAM) menerusi modul e-STREAM akan diperluaskan ke Tabika-Tabika Kemas seluruh negara bermula Julai depan – Sinar online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading