LEBIH 4,000 GURU TABIKA KEMAS SERTAI KURSUS KAEDAH HAFAZAN AL-QURAN
Ketua Pengarah Kemas Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata kursus yang dilaksanakan secara jangka pendek itu bagi mengajar lebih 140,000 murid Tabika Kemas di seluruh negara menerusi Program Pra-Tahfiz.
LARUT: Seramai 4,145 guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menjalani kursus berkaitan pendedahan kaedah penghafazan al-Quran bermula bulan ini.
Ketua Pengarah Kemas Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata kursus yang dilaksanakan secara jangka pendek itu bagi mengajar lebih 140,000 murid Tabika Kemas di seluruh negara menerusi Program Pra-Tahfiz.
“Kursus ini dilaksanakan secara berperingkat yang mana terdapat 42 siri kursus akan dijalankan. Bagi satu siri kursus kira-kira 100 guru Tabika Kemas akan menyertainya.
“Mereka (guru) akan diajar mengenai kaedah-kaedah bacaan antaranya dalam aspek tajwid dan taranum,” katanya ketika ditemui pemberita pada Pertandingan Buah Durian Terbaik Tertutup Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kurau 2024 di Batu Kurau di sini hari ini.
Ahmad Kamal Idris berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 60 peratus murid Tabika Kemas akan menguasai sekurang-kurangnya 20 surah lazim.
“Kaedah hafazan ini lebih kepada pembelajaran yang menyeronokkan, kita gunakan teknik menyanyi atau bermain,” katanya sambil menambah setiap murid dibekalkan dengan empat buku modul hafazan yang diberikan secara percuma.
Tabika Pra-Tahfiz Kemas merupakan program memperkasa pendidikan al-Quran selain memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (Program Penghayatan Islam) di Tabika Kemas dalam melahirkan ‘Huffaz Cilik’ (hafiz) yang menguasai hafazan surah-surah dalam juzuk ‘amma (juzuk ke-30) dan surah pilihan.
Program itu turut menjadi antara Hala Tuju Strategik (HATS) Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2023 dalam Membangun Modal Insan Desa Secara Komprehensif bagi mengukuhkan pendidikan al-Quran kepada kanak-kanak.
Menerusi Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Oktober tahun lepas, Kerajaan Perpaduan memperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan Program Pra-Tahfiz Kemas.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked