Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUSPEK PENEMBAK TRUMP, REPUBLIKAN BERDAFTAR – LAPORAN

DUNIA

SUSPEK PENEMBAK TRUMP, REPUBLIKAN BERDAFTAR – LAPORAN

Thomas Matthew Crooks, suspek penembak yang cuba membunuh bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semasa acara kempen, adalah seorang Republikan berdaftar.

Sumber Gambar: AFP

MOSCOW: Thomas Matthew Crooks, suspek penembak yang cuba membunuh bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semasa acara kempen, adalah seorang Republikan berdaftar, lapor Sputnik memetik The Washington Post pada Ahad.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kini berusaha untuk menentukan motif penembak itu dan telah meminta orang ramai untuk berkongsi sebarang maklumat yang mereka ketahui mengenai suspek, menurut akhbar berkenaan.

Terdahulu, FBI mengenal pasti Crooks sebagai “subjek yang terlibat dalam cubaan pembunuhan” terhadap bekas pemimpin AS itu.

Pada petang Sabtu, seorang lelaki menembak Trump di telinga kanannya semasa acara kempen di Pennsylvania. Penembak itu juga membunuh seorang penonton dan dua lagi mangsa kritikal sebelum penyerang ditembak mati oleh Perkhidmatan Rahsia AS. FBI sedang menyiasat kejadian itu sebagai cubaan pembunuhan terhadap Trump.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading