Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SRG CIPTA SEJARAH PASUKAN MALAYSIA PERTAMA JUARAI MSC MLBB 2024

DALAM NEGARA

SRG CIPTA SEJARAH PASUKAN MALAYSIA PERTAMA JUARAI MSC MLBB 2024

Selangor Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 malam tadi.

KUALA LUMPUR: Selangor Red Giants (SRG) menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport 4-3 di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 malam tadi.

Pada aksi Grand Final yang berlangsung di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi, SRG bermula dengan langkah kiri apabila tewas perlawanan pertama dengan keputusan 23 ‘kills’ berbalas 16.

Bagaimanapun skuad Malaysia itu kembali bangkit pada perlawanan kedua dengan mempamerkan aksi yang kemas untuk menyamakan kedudukan 1-1 meskipun lawannya AP Bren berjaya mendahului dengan jumlah ‘kills’ 14-11.

Momentum yang diraih anak buah jurulatih Michael Angelo Bocado atau lebih dikenali sebagai Arcadia itu gagal diteruskan pada perlawanan ketiga sekali gus menyaksikan mereka tewas 6-22 dalam aksi untuk membolehkan AP Bren selesa memimpin perlawanan.

SRG kemudiannya kembali mendapat rentak apabila memenangi perlawanan keempat dan kelima masing-masing dengan keputusan 18-4 dan 12-11.

Ketika hanya satu mata sahaja diperlukan SRG untuk mengesahkan kejuaraan MSC, juara bertahan dari Filipina itu berjaya menyamakan kedudukan apabila memenangi perlawanan keenam dengan dengan keputusan 14-2 sekali gus mengheret SRG ke perlawanan penentuan.

Pada perlawanan penentuan SRG seolah-olah tidak memberi peluang kepada AP Bren apabila  mendominasi perlawanan dan momentum itu diteruskan untuk mengetepikan pasukan lawan  21-10 sekali gus mengesahkan kejuaraan MSC buat kali pertama.

Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul atau lebih dikenali Sekyss dinobatkan sebagai pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1,000,000 (RM4,669,303.78).–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading