PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu mendapat perhatian kerajaan kerana terdapat keperluan bagi mengimbangi antara Skim Perkhidmatan Kehakiman Syariah dan Skim Perkhidmatan Kehakiman Sivil.
“Saya dimaklumkan juga tentang Akta Saraan Hakim Syarie. Sekarang ini dia ikut dalam skim PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
“Jadi insya-Allah, minta Dr Na’im (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar) menyegerakan untuk kita angkat supaya ada Akta Saraan Hakim Syarie, supaya (Hakim Syarie) ditingkatkan. Saya mudah sahaja, runding baik-baik dan selesai,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini Skim Saraan Hakim Syarie adalah di bawah Skim PTD kerana hakim syarie merupakan pegawai perkhidmatan awam.
Anwar berkata cadangan pelaksanaan akta itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan tiada lagi pandangan yang merendahkan status hakim syarie.
“Ia juga pasti akan memberi kekuatan dan keberanian kepada hakim syarie untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa,” katanya.
Sementara itu Mohd Na’im berkata konvensyen yang julung kali diadakan itu bertujuan memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia serta memperhebatkan maslahah agama, negara dan ummah.
“Agenda memartabat perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia telah menjadi tonggak penting kepada Pelan Transformasi Al-Falah yang telah digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai pelantar penambahbaikan pentadbiran hal ehwal Islam,” katanya.
Beliau berkata konvensyen itu juga merupakan langkah susulan bagi golongan ilmuan, ahli undang-undang termasuk para pentadbir untuk berkongsi pengetahuan, menganalisis isu-isu semasa serta memberikan usul dan cadangan ke arah memperkukuh sistem perundangan dan kehakiman syariah di negara ini.
“Mudah-mudahan dengan semangat muzakarah dan musyawarah, konvensyen ini akan mencapai keputusan bermakna dan menghasilkan langkah praktikal untuk meningkatkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests