Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KHUTBAH ARAFAH DITERJEMAH DALAM 35 BAHASA, DISIAR MENERUSI PLATFORM DIGITAL

DUNIA

KHUTBAH ARAFAH DITERJEMAH DALAM 35 BAHASA, DISIAR MENERUSI PLATFORM DIGITAL

Inisiatif berkenaan membolehkan umat Islam yang tidak memahami bahasa Arab menghayati mesej kerohanian dan kemanusiaan yang terkandung dalam khutbah tersebut.

MEKAH: Khutbah Hari Arafah tahun ini akan diterjemahkan ke dalam 35 bahasa dan disiarkan menerusi platform digital serta saluran gabungannya bagi membolehkan mesej disampaikan kepada umat Islam di seluruh dunia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Presiden Hal Ehwal Agama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr Abdulrahman Al-Sudais berkata, inisiatif itu bertujuan menyebarkan tema khutbah serta memperkukuh mesej kesederhanaan Islam kepada masyarakat global.

Usaha penterjemahan itu mencerminkan komitmen Arab Saudi dalam berkhidmat kepada Islam dan umat Islam selain menunjukkan keprihatinan kepimpinan negara terhadap kebajikan jemaah haji.

Tambahnya, penggunaan teknologi moden dan platform digital turut membantu memperluas impak global musim haji.

Projek penterjemahan khutbah Arafah merupakan antara inisiatif utama kepresidenan yang dibangunkan hasil pengalaman dan kepakaran bertahun-tahun. Usaha itu turut menyumbang kepada pengayaan kandungan agama dalam pelbagai bahasa dunia.

Inisiatif berkenaan membolehkan umat Islam yang tidak memahami bahasa Arab menghayati mesej kerohanian dan kemanusiaan yang terkandung dalam khutbah tersebut.

Beliau menambah, kepresidenan telah menggerakkan keupayaan teknikal dan media bersama pasukan khusus bagi memastikan khutbah itu dapat mencapai khalayak antarabangsa secara meluas dengan tahap profesionalisme dan standard kualiti yang tinggi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading