MAJLIS RAJA-RAJA MAHU PINDAAN RUU 355 DIBUAT DENGAN TELITI – PM ANWAR
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Raja-Raja mahu pindaan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), dibuat dengan teliti.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar ketika menghadiri Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di sini hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Majlis Raja-Raja mahu pindaan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), dibuat dengan teliti.
Berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia hari ini, Anwar berkata beliau telah menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), minggu lepas berkenaan RUU 355.
“Setakat ini saya tidak dapat lihat sebarang bantahan atau masalah sama ada (dari) ketua hakim negara yang telah merestui usaha ini dan Majlis Raja-Raja yang telah diberikan taklimat awal.
“Majlis Raja-Raja memberikan perkenan cuma mereka minta supaya diteliti, supaya tidak dilihat gopoh atau dalam pelaksanaan dilihat kelemahan ketara,” katanya di sini.
Beliau berkata kerajaan akan membentangkan hasil libat urus mengenai RUU 355 kepada MKI bulan depan.
“Tetapi tentu tidak dapat dimuktamadkan kerana perbincangan saya dengan Sultan Perak, sebaiknya diangkat ke peringkat antarabangsa, sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara dan kemudian kepada sidang Majlis Raja-Raja, kerana soal Islam, adat dan soal kewarganegaraan, hal-hal tertentu mesti mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja,” katanya.
Beliau berkata pindaan terhadap RUU 355 perlu dibuat dengan teliti dan mengambil kira pandangan semua pihak sama ada Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, termasuk pakar undang-undang antarabangsa.
Anwar berkata langkah teliti itu diambil bukan satu dalih untuk melengahkan atau meremehkan usaha yang lalu tetapi ada beberapa kelemahan besar dalam peruntukan itu yang bukan sahaja perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara tetapi juga harus rujuk kepada pakar antarbangsa.
“Supaya apabila kita perkenalkan ini, ini contoh terbaik pelaksanaan satu dokumen, usaha memartabatkan perundangan Islam dalam konteks begini, kemudian boleh dijadikan panduan, diserasikan di antara kedudukan dan kekuatan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil,” katanya.
Sehubungan itu, Anwar berkata beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyelaras perkara itu, dan mendapatkan pandangan daripada pakar perundangan Islam antarabangsa.
“Saya juga telah mengarahkan, bincang dengan semua, siapa yang betul-betul ada kepakaran dan kemahiran tidak kira ijtihad mana, kita runding, santuni dan supaya ada proses itu (libat urus) dan saya telah minta jawatankuasa merujuk semua pandangan, setuju atau tidak cadangan pindaan dan selepas itu diangkat (kepada MKI).
“Alang-alang kalau nak buat pindanan, buat pindaan yang betul-betul menyeluruh, supaya kesungguhan kita dalam melaksanakan itu (RUU 355) tidak dipertikai. Dunia politik mana tidak ada pertikaian, tetapi sekurangnya jelas dengan hujah kita mencakup semua bidang yang mungkin,” katanya.
Anwar berkata selain menghadap Sultan Nazrin selaku Pengerusi MKI minggu lepas berkenaan RUU 355, sebelum itu beliau turut menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (bekas Pengerusi MKI) mengenai pindaan itu.
“Kedua-dua baginda (Sultan Nazrin dan Sultan Sharafuddin) setuju dengan kerangka awal yang dibentangkan oleh jawatankuasa pakar dan disampaikan oleh Mohd Na’im tetapi kita mahu supaya ia diteliti betul-betul.
“Saya ucap terima kasih kepada Mohd Na’im kerana nampak menyegerakan proses ini dan Tuanku Sultan Nazrin menyatakan kesediaan beliau untuk bincang dalam mesyuarat akhir Ogos ini,” katanya.
RUU 355 bertujuan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang terhad, iaitu denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau/dan sebat enam kali kepada bidang kuasa lebih mengikut syariah, kecuali hukuman bunuh. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager