Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEMANDU MABUK REMPUH POLIS TRAFIK DIREMAN EMPAT HARI

DALAM NEGARA

PEMANDU MABUK REMPUH POLIS TRAFIK DIREMAN EMPAT HARI

Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik cedera parah ketika bertugas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di Johor Bahru semalam, direman empat hari. 

Sumber Gambar: BERNAMA

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengakibatkan seorang anggota polis trafik cedera parah ketika bertugas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini semalam, direman empat hari. 

Perintah tahanan reman hingga Khamis terhadap suspek berumur 30-an itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Fatin Mohamad Farid. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan. 

Semalam, media melaporkan seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata dalam kejadian 7.05 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami patah tulang pinggul sebelah kiri dan luka pada bahagian muka, dagu serta tangan sebelah kanan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading