Connect with us

ALHIJRAH NEWS

TAHAP KESELAMATAN NEGARA TERKAWAL – KPN

DALAM NEGARA

TAHAP KESELAMATAN NEGARA TERKAWAL – KPN

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM mengambil maklum berhubung laporan media mengenai amaran pihak Kedutaan Jepun kepada rakyatnya mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah-rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara asia tenggara.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tegasnya PDRM akan sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat ketentertaman awam dan keharmonian negara. – AlHijrah Online

GAMBAR OLEH: AFP


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading