Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TAJUDDIN DISIASAT POLIS, TIDAK PAKAI PELITUP MUKA

DALAM NEGARA

TAJUDDIN DISIASAT POLIS, TIDAK PAKAI PELITUP MUKA

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan terhadap Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas dipercayai tidak memakai pelitup muka semasa sidang media berkenaan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT), semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abidin Abdullah berkata, siasatan dijalankan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan 2021).

“Kesemua yang terlibat dalam kes ini akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat,” katanya.

Tambahnya, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Pendakwa Raya sebaik siasatan kes tersebut selesai dijalankan.

Semalam, Tajuddin menghadiri satu sidang media berkenaan kemalangan tren LRT laluan Kelana Jaya berhampiran Kampung Baru yang melibatkan 64 yang cedera parah daripada 213 penumpang tren.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading