Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEJUTA SLOT VAKSIN TERSEDIA UNTUK DITEMPAH

DALAM NEGARA

SEJUTA SLOT VAKSIN TERSEDIA UNTUK DITEMPAH

Sumber Gambar: Mohd RASFAN / AFP

KUALA LUMPUR: Sejuta slot disediakan kerajaan bagi permohonan fasa kedua penerimaan vaksin COVID-19 AstraZeneca yang akan dibuka pada jam 12 tengah hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan rakyat Malaysia menerusi hantaran di Facebook beliau.

Rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, yang menetap di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak boleh membuat tempahan melalui laman web https://www.vaksincovid.gov.my .

Bagaimanapun, individu yang sudah membuat tempahan penerimaan vaksinasi AstraZeneca pada pusingan pertama tidak perlu membuat tempahan semula kerana mereka akan menerima slot secara automatik, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau juga sebelum ini menyatakan wanita yang menyusukan anak boleh menerima suntikan vaksin COVID-19 AstraZeneca.

“Wanita mengandung tidak digalakkan untuk mengambil suntikan tersebut ketika ini namun ibu menyusukan anak boleh mengambilnya,” katanya.

Menerusi laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Covid-19 (JKJAV), seramai 10.8 juta orang yang sudah mendaftar bagi penerimaan suntikan vaksin manakala 1.7 juta orang sudah menerima vaksin dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading