TAK PERNAH BERI BELLA MAKAN CILI, NAJIS DAN SIMBAH AIR PANAS – SITI BAINUN
“Seingat saya, Yasmin semasa menjadi saksi beritahu mahkamah kononnya saya suruh dia ikat Bella setiap masa, suruh bagi cili, makan najis, simbah air panas, tekap kuali panas dan marah-marah. Sememangnya tiada keperluan untuk saya berbuat begitu kepada Bella,”
KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa kejadian remaja perempuan sindrom Down yang dikenali sebagai Bella disuruh makan cili dan najis selain diikat, disimbah air panas serta ditekap dengan kuali panas tidak pernah berlaku.
Siti Bainun, 31, berkata tuduhan yang dibuat oleh bekas penghuni rumah kebajikan itu, Yasmin Nahar Mahmood terhadapnya semasa saksi pendakwaan kelima itu memberi keterangan di mahkamah adalah tidak benar.
“Seingat saya, Yasmin semasa menjadi saksi beritahu mahkamah kononnya saya suruh dia ikat Bella setiap masa, suruh bagi cili, makan najis, simbah air panas, tekap kuali panas dan marah-marah. Sememangnya tiada keperluan untuk saya berbuat begitu kepada Bella,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa disoal peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf ketika membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja berumur 13 tahun itu.
Siti Bainun berkata dia juga tidak pernah mengarahkan Yasmin dan seorang lagi bekas penghuni Rumah Bonda dikenali sebagai Aida supaya menganiaya Bella atau menyuruh mereka menyimbah air panas terhadap remaja perempuan itu kerana Bella tidak pernah sekalipun menyusahkannya.
Pada prosiding sebelum ini, Yasmin memberitahu mahkamah bahawa Siti Bainun memberi Bella makan 20 biji cili padi, mengugut akan menyimbah air panas ke atas Bella serta mengarahkannya dan Aida memegang Bella serta memaksa remaja itu melutut.
Disoal Mohammad Farhan mengenai keterangan Yasmin mengenai arahan memberi Bella makan cili, Siti Bainun menjawab sepanjang pengetahuannya perkara tersebut tidak pernah berlaku terhadap anak-anak jagaannya.
“Saya tidak pernah buat apa-apa kepada sesiapa pun, walaupun dalam banyak-banyak orang dalam rumah itu, Yasmin yang banyak memeningkan kepala saya setiap hari,” katanya.
Siti Bainun diperintah membela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja itu, sehingga menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal serta emosi di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi bersambung petang ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager