PENDUDUK YAMAN BANTU MANGSA GEMPA BUMI TURKIYE WALAUPUN HIDUP SUSAH
“Kami tidak boleh membalas budi Turkiye yang sangat besar. Ini hanyalah bantuan sederhana dan ekspresi simbolik terhadap usaha tanpa henti Türkiye yang masih menghulur bantuan kepada rakyat Yaman,”
ISTANBUL: Meskipun berhadapan kesusahan di negara sendiri akibat perang, rakyat Yaman tetap menunjukkan sokongan dan solidariti yang luar biasa terhadap mangsa dua gempa bumi kuat yang mengorbankan ribuan penduduk di Türkiye.
Susulan bencana gempa bumi pada 6 Feb lepas, masyarakat Yaman melancarkan kempen derma sebagai balasan kepada Türkiye yang menghulur bantuan kemanusiaannya ke negara asal mereka yang dilanda perang saudara sejak lebih lapan tahun lepas, lapor Anadolu Agency.
Kempen Yaman yang dilancarkan dengan kerjasama Kedutaan Yaman di Ankara, mengumpul 17 juta lira Turki (kira-kira AS$900,000), menurut laporan itu.
Menurut angka rasmi terkini, lebih 41,000 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera akibat gempa bumi di Türkiye.
Pada 18 Feb lepas, komuniti Yaman menghantar 10 trak yang sarat dengan bahan makanan, perubatan dan tempat perlindungan, dari Istanbul ke kawasan yang dilanda gempa bumi di selatan Türkiye.
“Kami tidak boleh membalas budi Turkiye yang sangat besar. Ini hanyalah bantuan sederhana dan ekspresi simbolik terhadap usaha tanpa henti Türkiye yang masih menghulur bantuan kepada rakyat Yaman,” kata Nabila Saeed Al- Rabasi, jurucakap kempen itu kepada Anadolu.
“Türkiye menyediakan bantuan kepada rakyat Yaman melalui pelbagai organisasi bagi meringankan penderitaan penduduk,” katanya.
“Türkiye juga melindungi beribu-ribu rakyat Yaman yang mencari perlindungan di negara itu sejak meletusnya perang.”
Pada 13 Feb, aktivis Yaman yang juga penerima Hadiah Nobel Keamanan, Tawakkol Karman, mengumumkan bantuannya untuk membina semula 50 unit rumah yang apabila siap akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa Bencana dan Kecemasan Turki (AFAD).
Yayasan Tawakkol Karman juga menghantar konvoi bantuan pada Rabu dari Istanbul ke bandar Hatay di Turkiye.
Yaman terlibat dalam perang saudara sejak 2014 yang meragut nyawa lebih 230,000 yang menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merupakan krisis kemanusiaan terburuk di dunia dan menyebabkan 80 peratus daripada kira-kira 30 juta penduduknya bergantung kepada bantuan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager