Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH JERLUS DI HADAPAN MASJID INDIA, SEORANG MANGSA TERPERANGKAP

DALAM NEGARA

TANAH JERLUS DI HADAPAN MASJID INDIA, SEORANG MANGSA TERPERANGKAP

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warganegara India dikesan terperangkap dalam kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pagi ini.

Seorang wanita warganegara India dipercayai terjatuh kira-kira 10 meter lalu tertimbus tanah mendap di Masjid India, Kuala Lumpur kira-kira 8 pagi tadi. — Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warganegara India dikesan terperangkap dalam kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu Bernama wanita itu sedang cuba dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Kerja-kerja menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebentar lagi setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya.

Sementara itu, JBPM Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.22 pagi tadi.

Sebanyak 15 anggota berserta dua jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan BBP Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian iaitu di hadapan Malayan Mansion, Jalan Masjid India.

Menurut kenyataan itu, wanita yang terperangkap dan tertimbus tanah jerlus sedalam lapan meter itu berusia 48 tahun dan kerja menyelamat sedang dijalankan.

“Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat serta unit anjing pengesan JBPM berada di lokasi kejadian dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” maklum kenyataan itu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading