GAZA CITY: Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada Khamis memaklumkan bahawa kekurangan bekalan perubatan yang serius akibat perang dan sekatan yang berterusan memaksa hospital untuk mengutamakan rawatan bagi wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu.
Kanak-kanak cedera yang dirawat di Kompleks Perubatan Nasser. – AFP
GAZA CITY: Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza pada Khamis memaklumkan bahawa kekurangan bekalan perubatan yang serius akibat perang dan sekatan yang berterusan memaksa hospital untuk mengutamakan rawatan bagi wanita dan kanak-kanak, lapor Agensi Anadolu.
“Sebagai petugas perubatan, dengan kekurangan bekalan perubatan di jabatan kecemasan, kami kini menumpukan perhatian kepada menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan wanita untuk memastikan kelangsungan generasi Palestin di Gaza.
“Kami merayu masyarakat antarabangsa untuk mendesak pendudukan (Israel) agar membenarkan kemasukan bekalan perubatan yang sangat diperlukan,” kata jurucakap hospital Muhammad Saqr, pada satu sidang media.
Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, bekalan ubat-ubatan penting dan peralatan perubatan telah kehabisan disebabkan oleh penutupan lintasan sempadan Rafah dan Kerem Shalom oleh Israel.
Pada masa ini, hanya sejumlah kecil bekalan perubatan dan bantuan kemanusiaan antarabangsa dibenarkan masuk ke Gaza dan jumlah itu tidak mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk yang berdepan dengan krisis kemanusiaan dan kesihatan.
Israel terus melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mendesak gencatan senjata segera.
Serangan itu mengorbankan lebih 40,200 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan hampir 93,000 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Sekatan berterusan ke atas Gaza mengakibatkan wilayah itu berdepan masalah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan dan sebahagian besar kawasan musnah. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.