Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Dewan Merdeka hari ini. — Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan meninggalkan rakyat Palestin berjuang bersendirian, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Mengulangi pendirian dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Zahid berkata Malaysia tidak akan lupa apatah lagi leka dalam membela nasib rakyat Palestin, yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman rejim Zionis Israel.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Perdana Menteri atas kelantangannya menyatakan pendirian tegas Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Menyentuh perkara sama, beliau juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berusaha membawa rakyat Palestin mendapatkan rawatan di hospital angkatan tentera di negara ini.
Ahmad Zahid turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Luar dalamperanan aktif sehingga membawa kepada penerimaan keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Ini bukti bahawa kita tidak hanya berpolitik, kita komited. Insya-Allah kita akan meneruskan sokongan sehingga Palestin dapat menghirup udara kemerdekaan dalam erti kata sebenar,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus mempertahankan Sabah daripada tuntutan pihak luar.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said susulan kejayaan di Mahkamah Antarabangsa The Hague Belanda, Perancis dan Sepanyol dalam kes tuntutan Kumpulan Sulu.
“Kejayaan ini amat bermakna buat kedaulatan rakyat negeri Sabah. Kepada rakan-rakan dari Sabah, kita akan pertahankan bumi Sabah. Kita tak rela ada pihak lain menuntut bumi Sabah, Sabah sebuah negeri bumi merdeka,” katanya.
Penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa, yang mengeluarkan Award Akhir berjumlah US$14.9 bilion (RM62.59 bilion) kepada lapan individu mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu, telah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana menghina mahkamah.
Azalina pada 8 Jan lepas berkata Mahkamah Sepanyol turut melarang Stampa daripada menjalankan tugasnya sebagai penimbang tara selama setahun.
Malaysia memfailkan aduan terhadap Stampa bersama-sama Pendakwa Raya Sepanyol atas alasan beliau telah menghina mahkamah apabila berulang kali mengingkari perintah Mahkamah Tinggi Sepanyol dan meneruskan tindakannya berhubung Award Akhir di negara lain.
Pada 28 Feb 2022, Stampa mengeluarkan Award Akhir itu kepada lapan warga Filipina terbabit dan bagi menguatkuasakannya, mereka dilaporkan telah cuba menyita aset syarikat minyak negara Petronas di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager