Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH MENDAP, JERLUS PUNCA LELAKI MAUT KANCIL DIHEMPAP KONTENA – POLIS

DALAM NEGARA

TANAH MENDAP, JERLUS PUNCA LELAKI MAUT KANCIL DIHEMPAP KONTENA – POLIS

Kawasan tanah mendap dan jerlus menjadi punca sebuah kontena terbalik sebelum menghempap lelaki yang berada di dalam kereta Kancil, dalam kejadian di Taman Sentosa, Klang, semalam.

KLANG: Kawasan tanah mendap dan jerlus menjadi punca sebuah kontena terbalik sebelum menghempap lelaki yang berada di dalam kereta Kancil, dalam kejadian di Taman Sentosa, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 5.09 petang.

ARTIKEL BERKAITAN – LELAKI MAUT, KERETA KANCIL DIHEMPAP KONTENA

Katanya siasatan mendapati kontena tanpa kepala itu diletakkan di hadapan kedai di lokasi kejadian bagi tujuan kerja-kerja pemunggahan barang.

“Mangsa telah meletakkan keretanya bersebelahan dengan kontena tersebut untuk membeli makanan di restoran berhampiran.

“Selang beberapa minit, mangsa ternampak kontena terbabit sedikit condong sebelum bertindak mengubah kenderaannya itu ke kawasan lain,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Bagaimanapun mangsa tidak sempat mengubah kenderaannya selepas kontena itu terbalik lalu menghempap mangsa dan keretanya, katanya.

“Keadaan tanah mendap dan jerlus dipercayai mengakibatkan kontena tersebut tidak stabil dan terbalik.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat,” ujarnya.

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: LELAKI MAUT, KERETA KANCIL DIHEMPAP KONTENA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading