Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI MAUT, KERETA KANCIL DIHEMPAP KONTENA

DALAM NEGARA

LELAKI MAUT, KERETA KANCIL DIHEMPAP KONTENA

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap kontena dalam satu kejadian di Taman Sentosa, Klang, petang tadi.

KLANG: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya dihempap kontena dalam satu kejadian di Taman Sentosa, di sini petang tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 4.46 petang tadi.

ARTIKEL BERKAITAN – TANAH MENDAP, JERLUS PUNCA LELAKI MAUT KANCIL DIHEMPAP KONTENA – POLIS

“Setibanya di lokasi kejadian, kemalangan melibatkan sebuah badan kontena tanpa kepala lori yang tengah diisi barang dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

“Kejadian dipercayai berlaku akibat pelanggaran dan terdapat seorang mangsa berusia 40-an tersepit di bawah kontena yang terbalik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya mangsa berjaya dikeluarkan anggota kira-kira 10 minit dan mangsa disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: TANAH MENDAP, JERLUS PUNCA LELAKI MAUT KANCIL DIHEMPAP KONTENA – POLIS – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading