POLIS RAKAM PERCAKAPAN 19 INDIVIDU KES KEMATIAN DEA MAISARAH
Polis telah merakam 19 percakapan individu setakat ini berhubung kes kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Dea Maisarah Bada yang dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini.
SHAH ALAM: Polis telah merakam 19 percakapan individu setakat ini berhubung kes kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Dea Maisarah Bada yang dilaporkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata keterangan tersebut melibatkan kakitangan HTAR, ibu bapa mangsa, jiran, pihak sekolah dan beberapa anggota polis yang bertugas di pondok polis di hospital berkenaan.
“Polis perlu lakukan beberapa lagi tindakan termasuk meneliti rakaman litar tertutup (CCTV) hospital dan mendapatkan laporan lanjut forensik (berhubung bedah siasat kanak-kanak itu).
“Kita juga belum dapat beri komen sekiranya ada (pihak) yang cuai sebab ia masih dalam siasatan untuk dilengkapkan sebelum dirujuk ke pihak pendakwa raya,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.
Hussein sebelum ini dilaporkan berkata polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kematian kanak-kanak tersebut di HTAR baru-baru ini iaitu daripada pihak hospital dan bapa mangsa, dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Pada 14 Julai, Pengarah HTAR Dr Zulkarnain Mohd Rawi menerusi kenyataan memaklumkan akan menjalankan siasatan berhubung kematian Dea Maisara ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan baru-baru ini.
Sementara itu, Hussein dalam sidang media yang sama memaklumkan empat sindiket pemprosesan dan pengedaran pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM7.94 juta berjaya ditumpaskan menerusi tujuh serbuan di kawasan kediaman sekitar Seri Kembangan, Kota Damansara, Putra Height, Jinjang dan Rawang pada 17 hingga 21 Julai lepas.
Beliau berkata menerusi serbuan yang melibatkan sindiket berasingan itu, pihaknya menahan 16 individu termasuk lima wanita dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun dan merampas lebih 170 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis seperti heroin, methamphetamine, eramin 5 dan ketamin.
“Turut dirampas sepucuk pistol jenis revolver dipercayai buatan Amerika Syarikat yang motif kegunaannya masih dalam siasatan. Saringan awal mendapati dua daripada suspek positif dadah, manakala semakan menunjukkan tujuh suspek mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah,” katanya.
Hussein berkata kesemua suspek direman secara berasingan selepas tarikh tangkap dan kes disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests