TENGKU RAZALEIGH POSITIF COVID-19

Tengku Razaleigh disahkan positif COVID-19. GAMBAR: FB Tengku Razaleigh Hamzah

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif COVID-19.

Beliau kini dilapor sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Memetik laporan Astro AWANI, Tengku Razaleigh berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

“Tengku Razaleigh menjalani ujian saringan baru-baru ini dan keputusannya disahkan positif. Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

“Beliau kontak rapat ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yussof yang disahkan positif baru-baru ini,” kata sumber kepada Astro AWANI.

Sebelum ini Adun Nenggiri dan Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif COVID-19 pada 9 Januari lalu.

Pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani sebelum ini juga disahkan positif COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). – AlHijrah Online

Leave a Reply