Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENDAKWAH TERKENAL INDONESIA SYEKH ALI JABER MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PENDAKWAH TERKENAL INDONESIA SYEKH ALI JABER MENINGGAL DUNIA

Pendakwah terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber meninggal dunia. GAMBAR KREDIT: CNNINDONESIA

JAKARTA: Pendakwah terkenal di Indonesia, Syekh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, dilapor meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan COVID-19 di Rumah Sakit Yarsi, Jakarta hari ini.

Memetik laporan Bernama, bagaimanapun punca kematian pendakwah bebas berusia 44 tahun itu belum diketahui selepas ada laporan menyatakan Allahyarham negatif virus itu sebelum meninggal dunia.

Berita kematian Syekh Ali Jaber dimaklumkan oleh pendakwah terkenal Indonesia Ustaz Yusuf Mansyur.

“Innaa lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji’uun. Syeikh Ali Jaber meninggal di Hospital Yarsi, jam 8.30 pagi. Tolong berdoa,” tulis Yusuf Mansur melalui akaun Instagram rasminya.

CNN Indonesia melaporkan Syekh Ali Jaber disahkan positif COVID-19 pada 29 Disember lalu kemudian dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi ICU Rumah Sakit Yarsi pada 30 DIsember 2020.

Namun pada 4 Januari lalu, keadaan kesihatan Syekh Ali Jaber dilaporkan sudah semakin baik

Allahyarham Syekh Ali Jaber berketurunan Arab yang lahir di Madinah, Arab Saudi itu mula aktif berdakwah di Indonesia selepas berkahwin dengan isterinya Umi Nadia, yang berasal dari Lombok pada 2008 sebelum mendapat taraf kewarganegaraan republik itu pada 2012. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading