Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

YADIM PUJI MIA SARA KEKAL BERTUDUNG MESKIPUN DIMINTA BUKA

DALAM NEGARA

YADIM PUJI MIA SARA KEKAL BERTUDUNG MESKIPUN DIMINTA BUKA

GAMBAR KREDIT: THEREALMIASARA

KUALA LUMPUR: Tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan memilih untuk kekal bertudung meskipun diminta membukanya oleh pihak produksi merupakan satu sifat terpuji yang wajar dicontohi.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu melambangkan kesungguhan beliau mempertahankan agamanya meskipun cuba diganggu gugat oleh cabaran industri.

“Mia Sara boleh memilih untuk membuka auratnya walaupun sedikit, atas alasan keperluan kerja yang mungkin juga akan memberinya jalan untuk lebih banyak peluang atau tawaran berlakon, namun beliau memilih untuk tidak berbuat demikian.

“YADIM merasa gembira dan bersyukur atas pendiriannya. Sifat seperti inilah yang wajar dicontohi. Berita seperti ini juga sewajarnya ditonjolkan media hari ini bagi memelihara dan meninggikan Islam,” jelas YADIM dalam kenyataannya.

Menurut YADIM, Mia Sara baru-baru ini mendedahkan, sebuah produksi mengenakan syarat kepadanya agar membuka tudung sebelum diterima berlakon.

Dalam pada itu, YADIM turut menyokong kenyataan dan pendirian pelakon berusian 16 tahun itu bahawa mana mana produksi harus menghormati pendiriannya untuk terus bertudung dengan tidak memintanya mengubah penampilan semata-mata untuk tawaran yang diberikan. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading