TENTERA ISRAEL TAHAN 24 RAKYAT PALESTIN DI TEBING BARAT

Gambar Fail – AFP

RAMALLAH: Israel telah menahan 24 rakyat Palestin di Tebing Barat dan sekitar Baitulmaqdis pada Ahad, menurut Agensi Berita Jordan (Petra) memetik kenyataan Kelab Tahanan Palestin.

Operasi menahan rakyat Palestin itu dibuat di bandar Hebron, Tulkarm, Jericho, Bethlehem, Jenin, Ramallah dan al-Bireh dan Baitulmaqdis.

Tentera Israel mendakwa rakyat Palestin yang ditahan itu adalah terdiri dalam senarai orang yang dikehendaki. – AlHijrah Online

Leave a Reply