TIADA AP UNTUK IMPORT BAHAN MAKANAN BERKUAT KUASA SERTA MERTA
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sambutan Aidilfitri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri hari ini. — Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan permit import (AP) bagi mengimport sebarang bahan makanan berkuat kuasa serta merta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya hari ini bagi memastikan bekalan makanan negara mencukupi.
“Ini akan membolehkan semua pihak untuk mengimport sebarang bahan makanan ke negara ini,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Puspanitapuri di sini hari ini.
Katanya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) akan mengumumkan butiran lanjut berhubung AP untuk import bahan makanan itu.
“Dulu ada AP daging dan lembu, mulai hari ini tidak ada lagi dan sesiapa sahaja boleh import apa sahaja bahan makanan dari negara luar untuk pastikan cukup bekalan,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Malaysia mungkin mengalami krisis makanan yang teruk sekiranya pelbagai masalah seperti inflasi, kenaikan harga minyak, cuaca ekstrem, pandemik COVID-19 dan konflik antara Rusia dan Ukraine berlarutan.
Setiap tahun Malaysia merekodkan lebih RM50 bilion import bahan makanan asas, dengan barangan seperti beras sebanyak 30 peratus, daging lembu (78 peratus), daging kambing (hampir 90 peratus) dan sayur kobis bulat (60 peratus).
Ismail Sabri berkata beliau juga telah mengarahkan MAFI untuk menyediakan pelan jangka panjang dan pendek bagi mengelak berlakunya krisis makanan di negara ini susulan isu seperti konflik Rusia-Ukraine.
“Kita tahu seluruh dunia bimbang, bukan kita sahaja bimbang dengan kesan perang yang sebabkan kekurangan dari segi bekalan makanan. MAFI juga diminta mengambil tindakan segera berhubung isu kos sara hidup yang meningkat,” katanya.
Fenomena akibat konflik Rusia-Ukraine memberi kesan kepada seluruh dunia apabila inflasi pelbagai negara terus meningkat.
Mengenai laporan sekumpulan kartel industri ternakan ayam merancang menutup ladang ternakan sebagai protes kerana bayaran subsidi harga ayam lambat, Ismail Sabri berkata beliau telah meminta MAFI untuk mencepatkan dari segi pembayaran itu.
“Saya pun dapat laporan ada prosedur tertentu agak melewatkan, jadi kita minta MAFI supaya mencepatkan dari segi pembayaran,” katanya.
Menurut laporan media, sekumpulan kartel industri ternakan ayam didakwa merancang menutup ladang ternakan pada Sabtu dan Ahad ini sebagai protes kepada kerajaan yang dikatakan lambat melakukan bayaran subsidi harga ayam sebanyak 60 sen. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked