TIADA HAD KEHADIRAN MAJLIS AKAD NIKAH DI SELANGOR

SHAH ALAM: Tiada lagi had kehadiran dalam majlis akad nikah kepada individu lengkap vaksinasi COVID-19 di Selangor, berkuat kuasa Isnin 16 Mei.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam perkonsian info grafik di Facebook menyatakan pelaksanaan majlis akad nikah dibenarkan di JAIS, Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), masjid, surau, rumah atau mana-mana dewan.

Tambahnya, individu yang tidak lengkap vaksinasi boleh hadir dalam majlis tersebut dengan syarat tidak positif COVID-19, tidak berada dalam tempoh Arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO), selain bukan warganegara yang baru tiba di Malaysia tanpa vaksinasi lengkap.
JAIS mengingatkan orang ramai agar dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).—AlHijrah Online