TIADA RUANG UNTUK EKSTREMISME DALAM AGAMA

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

PUTRAJAYA: Tiada kompromi bagi sebarang bentuk ekstremisme atau keganasan dalam mempertahankan kesucian agama sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Malaysia amat mementingkan keharmonian selari dengan kepelbagaian kaum dan masyarakat majmuk di negara ini.

“Dalam usaha kita membela dan mempertahankan kesucian agama Islam dan kemurnian akidah umat Islam, suka saya ingatkan supaya kita tidak mengambil pendekatan yang ekstrem atau melampau sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat majmuk.

“Kita mesti ingat Malaysia adalah negara majmuk yang sentiasa mementingkan kesederhanaan dan keharmonian dalam hubungan kaum dan agama,” kata Muhyiddin.

Tambahnya, usaha membela kedudukan dan kesucian agama Islam perlu berteraskan prinsip hikmah dan nasihat.
Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan fahaman melampau tanpa mengira agama.

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Muhyiddin berucap pada Perjumpaan Khas Bersama Pemimpin Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO Islam) di Putrajaya.

Majlis anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu disertai 346 pemimpin NGO Islam seluruh negara. — AlHijrah Online

Leave a Reply