TIADA SOP KHUSUS UNTUK SOLAT TARAWIH – IDRIS AHMAD

Sumber Gambar : AFP

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) khusus bagi pelaksanaan solat tarawih di masjid dan surau di seluruh negara sempena Ramadan tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, SOP sedia ada berkaitan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau adalah terpakai bagi pelaksanaan solat tarawih.

“SOP ditentukan Kementerian Kesihatan (KKM) itu perlu sentiasa dipatuhi dan setakat ini, tiada SOP khusus untuk solat tarawih,” katanya selepas pelancaran Bulan Solat Peringkat Kebangsaan 2022, di sini, hari ini.

Antara SOP pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau pada masa ini adalah semua ahli jemaah yang hadir perlu membawa sejadah masing-masing, selain jemaah diwajibkan memakai pelitup muka.

Selain itu, pengurusan masjid perlu membuat penandaan jarak antara jemaah sekurang-kurangnya satu meter. –AlHijrah Online

Leave a Reply