Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIGA LELAKI MAUT, TIGA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI GUA MUSANG – BOMBA

DALAM NEGARA

TIGA LELAKI MAUT, TIGA CEDERA PARAH DALAM KEMALANGAN DI GUA MUSANG – BOMBA

Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah termasuk seorang wanita dalam kemalangan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai tengah hari tadi

Sumber: JBPM Kelantan

KOTA BHARU: Tiga lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah termasuk seorang wanita dalam kemalangan di Kampung Paloh, Jalan Gua Musang-Kuala Krai tengah hari tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) PBK I Che Razak Harun berkata kemalangan membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena yang dinaiki empat lelaki, manakala seorang lelaki dan seorang wanita pula menaiki kenderaan van jenis Toyota Hiace.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.01 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi pada 1.43 tengah hari, pasukan mendapati enam mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut dengan tiga lelaki dalam kereta Nissan Serena meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta tersepit dan mengalami kecederaan parah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata dua lagi mangsa termasuk seorang wanita yang menaiki van turut cedera parah dan telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading