RUMAH TERES JADI STOR DADAH: LIMA LELAKI DITAHAN, RAMPASAN BERNILAI RM2.07 JUTA
Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak Ogos tahun lepas menerusi serbuan ke sebuah rumah teres setingkat di Taman Bukit Indah di sini minggu lepas, melibatkan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM2.07 juta.
JOHOR BAHRU: Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak Ogos tahun lepas menerusi serbuan ke sebuah rumah teres setingkat di Taman Bukit Indah di sini minggu lepas, melibatkan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM2.07 juta.
Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 4.20 petang 9 Jan merampas pelbagai jenis dadah seberat 21.75 kilogram (kg) dengan nilai pasaran dianggarkan RM1.45 juta.
“Hasil risikan berterusan, polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 43 hingga 53 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan dan negara jiran.
“Suspek pertama berperanan sebagai ketua manakala yang lain ahli sindiket. Mereka menjadikan rumah teres sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum diedarkan,” katanya dalam sidang media di IPK Johor di sini hari ini.
Dadah dirampas ialah syabu seberat 15.29 kg, serbuk MDMA (5.37 kg), pil ekstasi (338.70 gram), ketamin (297.10 gram), ganja (798 gram) dan pil Yaba (159.50 gram) selain pelbagai peralatan menghisap serta pembungkusan semula dadah.
Ab Rahaman berkata jumlah dadah itu dianggarkan mampu merosakkan 98,203 orang.
Beliau berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.
Ab Rahaman berkata semua suspek positif dadah methamphetamine dan direman sehingga 16 Jan.
Semakan rekod jenayah lampau mendapati empat suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah dan dadah.
Selain itu, beliau berkata polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan jumlah sitaan bernilai RM616,010 melibatkan enam kereta, dua motosikal, wang tunai RM270,150 dan sebentuk cincin emas.
Ab Rahaman berkata kejayaan operasi itu hasil risikan berterusan JSJN serta kerjasama orang awam dan pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka terlibat pengedaran dadah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.