Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TMJ SUMBANG 100 KERUSI RODA KEPADA PPV JOHOR

DALAM NEGARA

TMJ SUMBANG 100 KERUSI RODA KEPADA PPV JOHOR

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menyumbang 100 buah kerusi roda untuk diagihkan kepada 46 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Onn Hafiz Ghazi, daripada jumlah tersebut, sebanyak 10 unit dikhususkan untuk PPV di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor.

“Kerusi-kerusi roda ini adalah untuk kegunaan warga emas dan mereka yang keuzuran. Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat kepada warga Johor secara keseluruhan,” katanya.

Dalam masa yang sama, seramai 1,000 sukarelawan ‘Southern Volunteers’ akan membantu kelancaran proses pemberian vaksin di semua PPV di negeri ini yang bermula minggu depan.

“Sukarelawan di Persada Johor itu akan dibantu oleh Jabatan Belia dan Sukan melalui Program Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) dan setakat ini, seramai 460 sukarelawan sudah digerakkan ke 21 PPV untuk memberi bantuan,” katanya.

Onn Hafiz turut menasihatkan bakal penerima vaksin untuk hadir setengah jam awal dari waktu janji temu dijadualkan bagi mengelakkan kesesakan di PPV.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading