Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRAK BAWA 25 PETUGAS LIMA’25 TERBABAS, DUA CEDERA 

DALAM NEGARA

TRAK BAWA 25 PETUGAS LIMA’25 TERBABAS, DUA CEDERA 

Dua orang petugas demonstrasi segmen maritim LIMA’25 dilaporkan cedera selepas trak tiga tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbabas semasa pulang dari Solat Jumaat, di Langkawi petang tadi. 

LANGKAWI: Dua orang petugas demonstrasi segmen maritim LIMA’25 dilaporkan cedera selepas trak tiga tan milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbabas semasa pulang dari Solat Jumaat, di sini petang tadi. 

Menurut kenyataan Pusat Media Maritim TLDM, trak yang membawa 25 petugas itu dalam perjalanan pulang dari Masjid Al Ehsan, Temonyong menuju ke Resorts World Langkawi. 

“Trak tersebut telah hilang kawalan dan terbabas namun tiada kemalangan jiwa yang dialami. 

“Kesemua petugas terlibat dibawa ke bilik perubatan Segmen Maritim untuk merima rawatan awal manakala dua petugas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan di kaki,” katanya hari ini. 

Tambahnya TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

TLDM menasihatkan orang awam untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading