Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PASUKAN PETUGAS KHAS DITUBUH TANGANI ISU JEMAAH HAJI TERKANDAS

DALAM NEGARA

PASUKAN PETUGAS KHAS DITUBUH TANGANI ISU JEMAAH HAJI TERKANDAS

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (TH) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas menangani isu jemaah haji yang terkandas pada musim haji tahun ini.

Gambar fail (BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Lembaga Tabung Haji (TH) akan menubuhkan Pasukan Petugas Khas menangani isu jemaah haji yang terkandas pada musim haji tahun ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Muhammed Hasbullah Ali berkata ia adalah langkah strategik bagi memastikan setiap aduan berkaitan isu jemaah haji terkandas dapat ditangani secara teratur dan berkesan.

Beliau berkata pasukan itu akan bermula pada 8 pagi, 30 Mei dan beroperasi secara 24 jam setiap hari.

Muhammed Hasbullah berkata pusat operasi pasukan itu bertempat di Bilik Mesyuarat One Stop Center, Aras 2, Parkir Blok B, Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

“Pasukan khas ini akan menyelaras siasatan, pengurusan dokumentasi serta tindakan undang-undang terhadap individu atau pemilik syarikat yang disyaki terlibat dalam penipuan tawaran haji,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata PDRM, MOTAC dan TH masing-masing mempunyai bidang kuasa dan perundangan tersendiri dalam menangani pelbagai bentuk kesalahan berkaitan penipuan haji dan segala tindakan akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

Muhammed Hasbullah berkata sebagai langkah pencegahan, bakal jemaah haji dinasihati supaya membuat semakan terperinci terhadap pakej haji yang ditawarkan serta memastikan syarikat yang terlibat berdaftar dengan TH bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading